Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi : 019-7522032 atau sila lawati laman facebook berikut: https://www.facebook.com/TempahanChaletHomestayLangkawiKedah
Isnin, 11 Februari 2013
Rabu, 6 Februari 2013
Pulau Singa Besar Langkawi
Pulau Singa Besar
Pulau Singa Besar terletak di selatan Pulau Langkawi iaitu 16 kilometer dari Pekan Kuah. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 35 minit dengan menggunakan bot laju. Pulau ini menempatkan taman hidupan liar yang terdiri daripada pelbagai jenis hidupan seperti kancil, monyet, iguana dan pelbagai spesies burung yang dibiarkan hidup bebas di persekitaran semulajadi pulau ini. Tiada kemudahan penginapan dibenarkan dibina di sini bagi mengekalkan keaslian semulajadinya. Untuk ke sini para pengunjung boleh mengambil pakej island hoping yang disediakan pada kadar harga yang berpatutan dengan mengunjungi 3 buah pulau iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah.
Jumaat, 1 Februari 2013
Pulau Payar Langkawi
Taman Laut Pulau Payar Langkawi
Pulau Payar terletak di dalam gugusan kepulauan Langkawi. Taman ini terdiri daripada empat buah pulau iaitu Pulau Kaca, Pulau Lembu, Pulau Segantang dan Pulau Payar. Taman laut ini terkenal kerana keindahan terumbu karangnya serta dasar lautnya yang indah. Para pengunjung akan dapat melihat pelbagai jenis hidupan laut di sini.Anda juga akan dapat melihat para petugas taman laut ini memberi makan kepada ikan yu di tepi pantai. Pemandangan sebegini amat jarang untuk disaksikan di tempat lain. Semua hidupan laut di sini adalah dilarang sama sekali untuk ditangkap. Untuk ke sini terdapat 3 laluan utama iaitu melalui Langkawi, Kuala Kedah dan Pulau Pinang.
Langgan:
Catatan (Atom)