SCRIPT


Untuk tempahan penginapan dan kereta sewa di Langkawi sila hubungi talian yang berikut: 019-7522032

Translate

Selasa, 12 Mac 2013

Jetty Point Langkawi






Jetty Point Langkawi


Kompleks Jetty Point merupakan pintu masuk utama ke Pulau Langkawi. Kompleks ini menempatkan terminal jeti untuk feri ke Kuala Kedah, Kuala Perlis, Pulau Pinang dan Satun Thailand. Selain itu terdapat pelbagai kedai bebas cukai yang menawarkan pelbagai barangan pada harga yang berpatutan. Para pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan Langkawi di Pusat Penerangan Pelancong yang terdapat di sini. Kemudahan pengangkutan teksi yang yang sistematik turut disediakan untuk kemudahan para pelancong serta pengunjung ke Langkawi.


Khamis, 7 Mac 2013

Masjid Al Hana Langkawi






Masjid Al Hana Langkawi


Masjid ini adalah merupakan masjid utama yang terdapat di Langkawi. Masjid ini telah dirasmikan pada tahun 1963 oleh Tunku Abdul Rahman yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Masjid ini terletak di pekan Kuah iaitu kira-kira 1 kilometer dari Jeti Kuah. Kubahnya yang berwarna kuning serta reka bentuk binaannya yang bercirikan timur tengah menyerlahkan lagi keunikan yang terdapat pada masjid ini. Para pengunjung masjid ini bukan sahaja terdiri daripada orang Islam, malahan terdapat juga pelancong asing yang datang kerana tertarik dengan keindahan seni binanya. Selain solat 5 waktu dan solat Jumaat, masjid ini juga sentiasa dipenuhi dengan pelbagai program keagamaan dan kemasyarakatan. 


Isnin, 11 Februari 2013

Pulau Beras Basah Langkawi






Pulau Beras Basah Langkawi


Pulau ini hanya boleh dihubungi dengan jalan laut iaitu dengan menggunakan bot laju. Perjalanan ke sini hanya mengambil masa kira-kira 15 minit menggunakan bot laju. Bagi para pengunjung yang mengambil pakej island hoping, anda akan di bawa mengunjungi Pulau Dayang Bunting dan Pulau Singa Besar terlebih dahulu sebelum ke Pulau Beras Basah. Anda boleh mendapatkan pakej island hoping pada harga serendah rm 28 seorang dengan jangka masa kunjungan selama 3-4 jam ke pulau-pulau tersebut. Pantainya yang bersih dan putih serta kejernihan air lautnya adalah merupakan daya tarikan utama pulau ini. 

Rabu, 6 Februari 2013

Pulau Singa Besar Langkawi





Pulau Singa Besar


Pulau Singa Besar terletak di selatan Pulau Langkawi iaitu 16 kilometer dari Pekan Kuah. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 35 minit dengan menggunakan bot laju. Pulau ini menempatkan taman hidupan liar yang terdiri daripada pelbagai jenis hidupan seperti kancil, monyet, iguana dan pelbagai spesies burung yang dibiarkan hidup bebas di persekitaran semulajadi pulau ini. Tiada kemudahan penginapan dibenarkan dibina di sini bagi mengekalkan keaslian semulajadinya. Untuk ke sini para pengunjung boleh mengambil pakej island hoping yang disediakan pada kadar harga yang berpatutan dengan mengunjungi 3 buah pulau iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah.


Jumaat, 1 Februari 2013

Pulau Payar Langkawi






Taman Laut Pulau Payar Langkawi


Pulau Payar terletak di dalam gugusan kepulauan Langkawi. Taman ini terdiri daripada empat buah pulau iaitu Pulau Kaca, Pulau Lembu, Pulau Segantang dan Pulau Payar. Taman laut ini terkenal kerana keindahan terumbu karangnya serta dasar lautnya yang indah. Para pengunjung akan dapat melihat pelbagai jenis hidupan laut di sini.Anda juga akan dapat melihat para petugas taman laut ini memberi makan kepada ikan yu di tepi pantai. Pemandangan sebegini amat  jarang untuk disaksikan di tempat lain. Semua hidupan laut di sini adalah dilarang sama sekali untuk ditangkap. Untuk ke sini terdapat 3 laluan utama iaitu melalui Langkawi, Kuala Kedah dan Pulau Pinang. 


Ahad, 27 Januari 2013

Tasik Dayang Bunting Langkawi







Tasik Dayang Bunting


Tasik ini terletak di Pulau Dayang Bunting iaitu kira-kira 17 kilometer dari Pekan Kuah. Jalan perhubungan ke sini hanyalah dengan menggunakan laluan air iaitu dengan menaiki bot laju. Tasik air tawar yang berkeluasan 10 hektar ini mendapat namanya dari kisah lagenda seorang dayang yang telah bunting. Selain itu bentuk Pulau Dayang Bunting juga menyerupai bentuk seorang perempuan hamil yang sedang berbaring. Tasik ini hanya dipisahkan dengan laut oleh sebuah dinding batuan setebal 10 meter. Keadaan ini mewujudkan suatu pemandangan unik yang dapat dilihat dari udara. Para pengunjung akan dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik jika berkunjung ke sini. Antaranya ialah berkayak, mandi, berkelah dan berkhemah. Jadi jangan lupa untuk berkunjung ke sini.


Sabtu, 19 Januari 2013

Telaga Tujuh Langkawi








Telaga Tujuh Langkawi


Telaga Tujuh terletak di kawasan Hutan Simpan Machinchang, Langkawi iaitu kira-kira 23 kilometer dari pekan Kuah. Kawasan ini mempunyai tujuh peringkat air terjun yang menghasilkan kolam-kolam semulajadi yang dikenali sebagai Telaga Tujuh. Untuk sampai ke sini, pengunjung perlu mendaki kira-kira 600 anak tangga. Para pengunjung dinasihatkan untuk berhati-hati semasa mandi di sini kerana keadaan permukaan batuannya yang agak licin boleh mengundang bahaya. Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah wakaf, menara pandang dan gerai-gerai cenderamata. 



Jumaat, 18 Januari 2013

Kilim Geopark Langkawi









Kilim Geopark Langkawi


Kilim Geopark adalah merupakan kawasan paya bakau yang mempunyai pelbagai formasi batuan yang unik. Kawasan ini dipercayai mula terbentuk jutaan tahun yang lalu. Untuk ke sini hanya mengambil masa kira-kira 10 minit dari pekan Kuah. Pengunjung boleh memilih pakej menarik dengan kadar harga tertentu semasa berada di sini. Antara aktiviti yang terdapat di sini ialah 'Eagle Feeding', menyelusuri Sungai Kilim, Gua Kelawar, Gua Buaya dan lawatan ke sangkar ikan. Anda juga akan dapat menikmati hidangan ikan bakar yang segar di restoran sangkar ikan yang terdapat di sini. Berkunjunglah ke sini dan rasailah pengalaman menarik yang sungguh mempesonakan.


Khamis, 17 Januari 2013

Galeria Perdana Langkawi







Galeria Perdana

Galeria Perdana adalah merupakan hasil cetusan idea bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke empat, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Ianya ditubuhkan untuk menempat dan mempamerkan pelbagai jenis anugerah, pemberian dan cenderamata dari para pemimpin dunia dan tokoh-tokoh kepada Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia. Mula dibuka secara rasmi pada 3 Disember 1995 di Kilim, Langkawi Kedah. Para pengunjung akan dapat melihat sendiri pelbagai jenis hadiah yang unik dari serata dunia. Untuk ke sini para pengunjung hanya perlu mengambil masa 10 minit sahaja dari Pekan Kuah dengan melalui Jalan Ayer Hangat. 



Selasa, 15 Januari 2013

Taman Burung Langkawi 2013





Taman Burung Langkawi

Taman ini terletak di Kampung Belanga Pecah Langkawi. Taman ini mula dibuka secara rasmi pada tahun 2003. Terdapat 2500 ekor burung dari 150 jenis spesis di taman ini. Para pengunjung boleh mendekati burung-burung di taman ini kerana kebanyakkannya adalah jinak. Burung-burung ini ditempatkan di dalam sebuah sangkar besar berkeluasan 50 meter lebar dan 60 meter panjang dengan ketinggiannya adalah 12 meter. Suasana di dalam sangkar ini juga diolah seperti suasana di dalam hutan agar menimbulkan suasna sebenar burung-burung ini di habitat asal.