Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi : 019-7522032 atau sila lawati laman facebook berikut: https://www.facebook.com/TempahanChaletHomestayLangkawiKedah
Sabtu, 29 Disember 2012
Under Water Langkawi
Under Water World Langkawi
Terletak di Pantai Chenang, Under Water World merupakan sebuah aquarium laut yang terbesar di Asia. Para pengunjung akan dapat melihat 5000 spesies hidupan laut antaranya ialah ikan jerung, penguin, penyu dan lain-lain lagi. Bayaran masuk ke sini adalah Rm 28.00 untuk dewasa dan Rm 18.00 untuk kanak-kanak. Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini sekiranya anda melancong ke Langkawi.
Jumaat, 28 Disember 2012
Taman Lagenda
Taman Lagenda
Taman ini terletak bersebelahan Dataran Lang iaitu berhampiran Jeti Kuah. Taman yang berkeluasan 50 ekar ini dibuka secara rasmi pada tahun 1996. Terdapat pelbagai monumen dan replika yang berkaitan sejarah, dongeng dan lagenda bekaitan Langkawi terdapat di sini. Selain itu di sini juga terdapat 4 buah tasik buatan yang dikelilingi lanskap taman yang indah. Sebuah pantai buatan juga terdapat di sini di mana pantai ini telah dibina di atas tanah tebus guna. Tiada bayaran dikenakan kepada para pengunjung taman ini. Bagi pengunjung dan penggemar fotografi, taman ini menjanjikan sesuatu yang berbeza berbanding taman-taman lain yang terdapat di Malaysia.
Khamis, 27 Disember 2012
Dataran Lang
Dataran Lang
Dataran Lang adalah merupakan mercu tanda Pulau Langkawi. Sebaik sahaja para pengunjung menjejakkan kaki ke pulau ini, mereka pasti akan dapat melihat patung helang setinggi 12 meter yang menjadi monumen utama di dataran ini. Dataran ini terletak berhampiran jeti Kuah. Di dataran ini juga terdapat tasik, jambatan serta gerai-gerai jualan yang disediakan untuk para pengunjung. Kunjungan ke Langkawi sudah tentu tidak akan lengkap sekiranya anda tidak melawat ke dataran ini.
Hutan Lipur Lubuk Semilang
Hutan Lipur Lubuk Semilang
Hutan Lipur Lubuk Semilang terletak di kawasan hutan simpan Gunung Raya. Kawasan hutan ini mempunyai laluan sungai berbatu sepanjang kira-kira 2 kilometer. Kawasan ini sering menjadi tumpuan para pengunjung untuk mandi dan berkelah kerana suasana persekitarannya yang masih lagi terpelihara dari sebarang pencemaran. Untuk sampai ke sini para pengunjung perlu melalui jalan ke Ulu Melaka di mana lokasinya terletak kira-kira 8 kilometer dari Pekan Kuah.
Air Terjun Durian Perangin
Air Terjun Durian Perangin
Air terjun ini terletak 12 kilometer dari pekan Kuah dan boleh dihubungkan dengan laluan jalanraya. Air terjun ini mempunyai 14 peringkat dan batu batannya yang unik amat sesuai untuk aktiviti berkelah dan rekreasi. Untuk ke sini, para pengunjung boleh menaiki kenderaan menghala ke Air Hangat dan seterusnya mengikut papan tanda yang terdapat di simpang masuk ke kawasan air terjun ini.
Rabu, 26 Disember 2012
Air Terjun Temurun
Air Terjun Temurun
Air terjun ini terletak di hutan simpan Gunung Mat Chincang. Mempunyai air terjun setinggi 30 meter dan sesuai sebagai lokasi perkelahan yang mendamaikan. Terletak 42 kilometer dari pekan Kuah, air terjun ini turut dilengkapi dengan kemudahan wakaf, kemudahan untuk mandi serta denai trekking sepanjang 3 kilometer yang menghubungkan air terjun ini dengan Pantai Pasir Tengkorak.
Pantai Teluk Yu
Pantai Teluk Yu
Pantai ini terletak berhampiran pantai Pasir Hitam. Kawasan lautnya mengadap ke arah Laut Andaman dan sempadan Thailand. Pantainya yang bersih dan airnya yang jernih adalah daya tarikan utamanya. Jika ingin ke sini anda perlu menaiki kereta kira-kira 30 minit menghala ke arah Teluk Ewa. Terdapat pondok rehat disediakan di sepanjang pantainya untuk kegunaan para pengunjung. Selain itu terdapat beberapa kedai makan disediakan di sini.
Pantai Pasir Hitam
Pantai Pasir Hitam
Pantai pasir hitam adalah antara pantai yang paling unik. Keunikkannya adalah disebabkan oleh keadaan pasir pantainya yang berwarna hitam. Pantai ini terletak di utara pulau Langkawi iaitu kira-kira 20 minit perjalanan dari Pekan Kuah. Bagi para pengunjung yang ingin ke sini terdapat pelbagai jenis cenderamata dapat diperolehi di bazar dan gerai berhampiran.
Selasa, 25 Disember 2012
Pantai Pasir Tengkorak
Pantai Pasir Tengkorak
Pantai ini terletak kira-kira 40 minit dari Pekan Kuah. Berlatar belakangkan kawasan hutan yang menghijau, pantai ini mempunyai tarikannya yang tersendiri iaitu kawasan pantainya yang berbatu. Pantai ini agak pendek berbanding pantai-pantai lain di Langkawi. Namun ianya tetap menjadi tumpuan pelancong serta penduduk tempatan yang datang untuk berkelah. Pantai ini terletak di kawasan Datai yang masih lagi terpelihara kawasan semulajadinya. Kepada semua pengunjung Langkawi, jangan lupa untuk berkunjung ke Pantai Pasir Tengkorak.
Langgan:
Catatan (Atom)