SCRIPT

Untuk tempahan penginapan dan kereta sewa di Langkawi sila hubungi talian yang berikut: 019-7522032

Translate

Ahad, 27 Januari 2013

Tasik Dayang Bunting Langkawi







Tasik Dayang Bunting


Tasik ini terletak di Pulau Dayang Bunting iaitu kira-kira 17 kilometer dari Pekan Kuah. Jalan perhubungan ke sini hanyalah dengan menggunakan laluan air iaitu dengan menaiki bot laju. Tasik air tawar yang berkeluasan 10 hektar ini mendapat namanya dari kisah lagenda seorang dayang yang telah bunting. Selain itu bentuk Pulau Dayang Bunting juga menyerupai bentuk seorang perempuan hamil yang sedang berbaring. Tasik ini hanya dipisahkan dengan laut oleh sebuah dinding batuan setebal 10 meter. Keadaan ini mewujudkan suatu pemandangan unik yang dapat dilihat dari udara. Para pengunjung akan dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik jika berkunjung ke sini. Antaranya ialah berkayak, mandi, berkelah dan berkhemah. Jadi jangan lupa untuk berkunjung ke sini.


Sabtu, 19 Januari 2013

Telaga Tujuh Langkawi








Telaga Tujuh Langkawi


Telaga Tujuh terletak di kawasan Hutan Simpan Machinchang, Langkawi iaitu kira-kira 23 kilometer dari pekan Kuah. Kawasan ini mempunyai tujuh peringkat air terjun yang menghasilkan kolam-kolam semulajadi yang dikenali sebagai Telaga Tujuh. Untuk sampai ke sini, pengunjung perlu mendaki kira-kira 600 anak tangga. Para pengunjung dinasihatkan untuk berhati-hati semasa mandi di sini kerana keadaan permukaan batuannya yang agak licin boleh mengundang bahaya. Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah wakaf, menara pandang dan gerai-gerai cenderamata. 



Jumaat, 18 Januari 2013

Kilim Geopark Langkawi









Kilim Geopark Langkawi


Kilim Geopark adalah merupakan kawasan paya bakau yang mempunyai pelbagai formasi batuan yang unik. Kawasan ini dipercayai mula terbentuk jutaan tahun yang lalu. Untuk ke sini hanya mengambil masa kira-kira 10 minit dari pekan Kuah. Pengunjung boleh memilih pakej menarik dengan kadar harga tertentu semasa berada di sini. Antara aktiviti yang terdapat di sini ialah 'Eagle Feeding', menyelusuri Sungai Kilim, Gua Kelawar, Gua Buaya dan lawatan ke sangkar ikan. Anda juga akan dapat menikmati hidangan ikan bakar yang segar di restoran sangkar ikan yang terdapat di sini. Berkunjunglah ke sini dan rasailah pengalaman menarik yang sungguh mempesonakan.


Khamis, 17 Januari 2013

Galeria Perdana Langkawi







Galeria Perdana

Galeria Perdana adalah merupakan hasil cetusan idea bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke empat, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Ianya ditubuhkan untuk menempat dan mempamerkan pelbagai jenis anugerah, pemberian dan cenderamata dari para pemimpin dunia dan tokoh-tokoh kepada Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia. Mula dibuka secara rasmi pada 3 Disember 1995 di Kilim, Langkawi Kedah. Para pengunjung akan dapat melihat sendiri pelbagai jenis hadiah yang unik dari serata dunia. Untuk ke sini para pengunjung hanya perlu mengambil masa 10 minit sahaja dari Pekan Kuah dengan melalui Jalan Ayer Hangat. 



Selasa, 15 Januari 2013

Taman Burung Langkawi 2013





Taman Burung Langkawi

Taman ini terletak di Kampung Belanga Pecah Langkawi. Taman ini mula dibuka secara rasmi pada tahun 2003. Terdapat 2500 ekor burung dari 150 jenis spesis di taman ini. Para pengunjung boleh mendekati burung-burung di taman ini kerana kebanyakkannya adalah jinak. Burung-burung ini ditempatkan di dalam sebuah sangkar besar berkeluasan 50 meter lebar dan 60 meter panjang dengan ketinggiannya adalah 12 meter. Suasana di dalam sangkar ini juga diolah seperti suasana di dalam hutan agar menimbulkan suasna sebenar burung-burung ini di habitat asal.


Ahad, 13 Januari 2013

Laman Padi






Laman Padi


Jika anda berkunjung ke Langkawi dan ingin merasai sendiri suasana di kawasan sawah padi, silalah berkunjung ke Laman Padi. Di sini para pengunjung akan dapat merasai sendiri pengalaman melakukan proses penanaman padi secara tradisional seperti membajak sawah secara tradisional menggunakan kerbau dan juga proses menumbuk dan menampi padi yang sudah jarang dapat dilihat di negara kita. Selain itu terdapat juga muzium padi yang mempamerkan pelbagai artifak berkaitan tanaman padi di Malaysia. Berkunjunglah ke sini dan masuk adalah percuma.


Jumaat, 11 Januari 2013

Air Hangat Village






Air Hangat Village


Air Hangat Village atau dahulunya dikenali sebagai Telaga Air Hangat terletak kira-kira 16 kilometer ke utara Pekan Kuah iaitu di kawasan Ayer Hangat. Bagi pengunjung yang ingin merehatkan kaki setelah penat berjalan, bolehlah berkunjung ke sini. Para pengunjung boleh merendamkan kaki untuk merasai kehangatan air yang terdapat di kolam-kolam di sini. Air hangat yang terdapat di sini dipercayai dapat membantu mengatasi masalah sakit sendi, sakit badan, arthiritis dan penyakit kulit. Selain itu pada waktu-waktu tertentu juga, ada diadakan pertunjukkan kebudayaan dan kesenian.


Rabu, 9 Januari 2013

Makam Mahsuri







Makam Mahsuri


Makam Mahsuri terletak 12 kilometer dari pekan Kuah. Makam ini merupakan kubur kepada seorang wanita jelita bernama Mahsuri yang telah difitnah berlaku curang terhadap suaminya lalu dihukum bunuh. Berdasarkan lagenda, semasa dihukum bunuh, darah putih telah mengalir dari tubuhnya sebagai membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Mahsuri telah bersumpah bahawa Langkawi akan ditimpa bencana dan tidak akan aman selama 7 keturunan. Kisah legenda ini menjadi amat terkenal hingga ke hari ini. Bagi para pengunjung yang berkunjung ke sini, mereka akan turut dipersembahkan dengan persembahan muzik tradisional serta istiadat berendoi pada waktu yang telah ditetapkan. Selain itu juga terdapat rumah Melayu tradisonal yang menampilkan cara hidup masyarakat Melayu pada masa lalu. Makam ini dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.


Isnin, 7 Januari 2013

Taman Buaya Langkawi 2013






Taman Buaya Langkawi


Taman ini terletak di Datai iaitu kira-kira 32 km dari pekan Kuah. Menempatkan lebih dari 1000 ekor buaya, taman ini sememangnya mampu membuatkan anda terpegun dengan aksi-aksi yang dipamerkan oleh penjinak-penjinak buaya di sini. Aksi-aksi ini akan dapat disaksikan sewaktu acara persembahan diadakan. Selain itu anda juga akan dapat melihat pelbagai gelagat buaya-buaya di sini pada waktu makan. Tiket masuk ke sini hanya RM 15 untuk dewasa dan RM 10 untuk kanak-kanak. Jadi jangan lupa untuk berkunjung ke sini.


Jumaat, 4 Januari 2013

Cable Car 2013











Cable Car Langkawi


Terletak di Gunung Mat Chinchang, iaitu pada ketinggian 713 meter, Cable Car Langkawi adalah merupakan salah satu mercu tanda utama di pulau lagenda ini. Kereta kabel ini adalah merupakan kereta kabel terpanjang di dunia iaitu sepanjang 2.2 km. Pengunjung akan dapat menikmati panorama indah di puncak gunung dengan berlatar belakangkan lautan dan keindahan hutan belantara yang menghijau. Untuk ke sini para pengunjung tempatan dikenakan bayaran RM 15 untuk dewasa dan RM 10 untuk kanak-kanak. Bagi pelancong asing, bayaran yang dikenakan adalah RM 30 bagi dewasa dan RM 20 bagi kanak-kanak. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menguji tahap keberanian anda di sini kerana anda sudah pasti akan merasai debarannya terutama jika pertama kali berkunjung ke sini.